Friday, January 14, 2011

Melentur Buluh Biar Dari Rebung

bb-aini baru jer 14 bulan. Saya sendiri mengajar KakLong dan KakNgah mengaji dirumah. Seboleh-bolehnya setiap hari saya akan pastikan mereka mengaji. bb-aini paling suka mengacau mereka mengaji. Kalau diberi extra rehal dan iqra' untuk dia pun, dia tetap nak tarik iqra' atau al-quran yang kakak2 tengah baca tu.

Persekitaran berterusan begitu telah memberi kesan kepada aini. Dia dah pandai meniru kakak2 nya mengaji. .. cuma kurang manis kerana bb-aini sedang berpakaian tidak sesuai untuk mengaji. Sedang dia menyelongkar rak buku, dia jumpa iqra, terus dia ambil rehal dan tiru gaya kakak dia mengaji. Tapi kakak dia tak la duduk macam dia.

Mudah-mudahan bb-aini akan berterusan meminati ilmu al-quran dan menjadi insan yang solehah.Amiin.

4 comments:

  1. mudah2an bb aini kamu menjadi ank yg solehah kelak..:)

    ReplyDelete
  2. moga anak2 akak..menjadi soleh+solehah..

    no blog untuk rujukan akak..sharing2(wlopon sy belom kawen lg)
    http://darwishndarwisya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. thanks CouLeur de Chiqu3 .. memang boleh jadi panduan..

    ReplyDelete