Sunday, January 16, 2011

Sunday Mood ...

Bagi kami di Kerteh ni, hari Ahad dah nak kena ke sekolah/kerja. Jadi, ada la Sunday Mood, even bagi surirumah. Kejap lagi anak balik sekolah (ada yang nak ke sekolah sesi petang), malas nak ke dapor. Nak tak nak, kena la jugak prepare sikit untuk mereka. Saya buat Ikan Kembung Tempoyak. Resepi masak tempoyak ni, memang sangat mudah dan hanya siap 15 minit sahaja. Sesuai untuk pemakan yang tidak ramai, tak berminyak, baik untuk kesihatan.. anak-anak pun suka..

Saya orang Pahang, masak asam tempoyak tu memang tak boleh tinggal. Dan lagi amat simple.
Resepinya amat mudah..
2 ekor ikan kembung, 

*3 ulas cili api (yg size besar tu- untuk anak2 makan, tak boleh buat pedas),
*1 1/2 inci kunyit,
*2 sudu besar tempoyak,
(blend bahan *)

air 2 cawan atau agak2 sesuai buat kuah (boleh di guna waktu blend bahan di atas)
masukkan dalam periuk, masak smpai mendidih
garam n gula (kalau suka).. & daun kesum

kalau tempoyak tak berapa masam, boleh tambah asam gelugur...
tunggu kuah agak pekat, rasa dan tutup api... siap!



1 comment:

  1. sy hari klo msak nasi goreng dgn telur goreng...tu je yg kami 1 umah pndai msak pon...hehehe

    ReplyDelete