Weekend baru ni, saya cuba buat chilled cheese cake (actually this is the 2nd time), menggunakan resepi dari internet. Memang mudah tapi sedap sangat. The whole family suka... Kat tempat saya ni, susah nak cari filling, so, saya sapu jem blueberry jer kat atas cake tu,... nanti nak buat lagi.
Kongsi Cerita Dengan Kami
Berkongsi Cerita Mengenai Kehidupan Kami di Kampung (Baru Berpindah sejak June 2010)... mengenai penjagaan dan pendidikan anak-anak
Wednesday, February 2, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Tertinggal Kunci la Plak....
Sehari selepas kisah kereta tak boleh start sebab kehabisan battery, semalam, ada kisah tertinggal kunci rumah la plak. Biasanya saya menggunakan kunci kereta yang ada kunci rumah sekali. Tapi ntah macam mana semalam, saya terambil kunci kereta spare, untuk hantar n ambil anak (sesi pagi n petang). Perjalanan kejap jer, tak smpai 5 minit dah settle sampai rumah semula... sampai rumah, baru tersedar, pintu kunci dari dalam tapi kunci nak masuk x ada, handbag/wallet pun tak ada (dlm rumah), ada handset jer... call husband.. disebabkan husband x leh balik lunch, dan nak tunggu dia balik nanti kul 6:30, skarang baru pukul 1 tgh hari, bb-aini yang baru setahun hanya ada sehelai sepinggah, kejap lg sure diaper dia penuh, berak ker... KakNgah plak baru balik sekolah, kejap lg sure ada rasa nak ke tandas ker, lapar ker... pengsan nak nak nunggu kat veranda jer... duit pun tak der (ada 5 ringgit jer dlm kereta)...
saya tawakkal, baca bismillah, pergi tempat kerja husband tanpa wallet. Sebenarnya, saya tak pernah pun pergi tempat kerja husband tu sendiri..ada dlm 30 km...pergi balik 60km, jauh jugak, hujan pulak tu, Alhamdulillah, pergi balik dgn selamat nya. Nasib baik bb-aini tidor sepanjang perjalanan. Sampai jer rumah terus saya masuk, rasa sakit perut plak.. nasib baik pergi ambil kunci.. Kalu tunggu jer, then, sakit perut, sure lagi teruk result nya, dgn bb-aini yang mungkin mengamuk kat beranda rumah.
Saya pun, dapat la pengajaran. Even dekat mana sekali pun, bila nak kuar rumah dgn kereta, bawak wallet n bawak kunci yang betul. Jgn main taram jer... ...

Monday, January 17, 2011
Jalan Kaki ke Sekolah .. 'Nak jalan kaki hari-hari'
Semalam, hari Ahad, KakLong dan KakNgah bersekolah. Setiap hari saya akan hantar dan ambil anak dari sekolah dengan kereta. Walaupun jaraknya hanya 0.5km dari rumah, tapi saya masih melakukan kerja-kerja bas sekolah untuk mereka, sementara saya masih berkemampuan dari segi kesihatan dan masa. Kesian jalan panas-panas. Kawasan kampung ini agak selamat juga la.. cuma saya dah biasa dengan life di bandar, yang mana tak percayakan keselamatan anak2 dan lagi kasihan kan mereka.
Tengah hari semalam, 15 minit sebelum hantar KakLong sekolah (sesi petang) dan nak pick-up KakNgah dari sekolah, saya start kereta untuk panaskan enjin, tengok2. ... kereta tak boleh start.. batery habis.... rupanya weekend hari tu ada suruk KakLong ambilkan barang dalam kereta, dia tak tutup pintu rapat rupanya... 2 hari lampu menyala.. habis batery... camner nih.. nasib baik ada 15 minit lagi, terus suruh KakLong cepat pergi sekolah sendiri jalan kaki.. Pesan padanya untuk kesitau KakNgah supaya balik rumah jalan kaki juga...
Tak lama kemudian, KakNgan pun sampai la ke rumah.... ingat kan nak mengadu letih ker, penat ker, panas ker... rupanya ... 'best la jalan kaki, nak jalan kaki hari-hari... pleaseeee!!!' . hahahahaha.. nampaknya bebudak ni dah makin biasa dengan kehidupan kampung.....

Sunday, January 16, 2011
Sunday Mood ...
Bagi kami di Kerteh ni, hari Ahad dah nak kena ke sekolah/kerja. Jadi, ada la Sunday Mood, even bagi surirumah. Kejap lagi anak balik sekolah (ada yang nak ke sekolah sesi petang), malas nak ke dapor. Nak tak nak, kena la jugak prepare sikit untuk mereka. Saya buat Ikan Kembung Tempoyak. Resepi masak tempoyak ni, memang sangat mudah dan hanya siap 15 minit sahaja. Sesuai untuk pemakan yang tidak ramai, tak berminyak, baik untuk kesihatan.. anak-anak pun suka..
Saya orang Pahang, masak asam tempoyak tu memang tak boleh tinggal. Dan lagi amat simple.
Resepinya amat mudah..
2 ekor ikan kembung,
*3 ulas cili api (yg size besar tu- untuk anak2 makan, tak boleh buat pedas),
*1 1/2 inci kunyit,
*2 sudu besar tempoyak,
(blend bahan *)
air 2 cawan atau agak2 sesuai buat kuah (boleh di guna waktu blend bahan di atas)
masukkan dalam periuk, masak smpai mendidih
garam n gula (kalau suka).. & daun kesum
kalau tempoyak tak berapa masam, boleh tambah asam gelugur...
tunggu kuah agak pekat, rasa dan tutup api... siap!

Friday, January 14, 2011
Melentur Buluh Biar Dari Rebung
bb-aini baru jer 14 bulan. Saya sendiri mengajar KakLong dan KakNgah mengaji dirumah. Seboleh-bolehnya setiap hari saya akan pastikan mereka mengaji. bb-aini paling suka mengacau mereka mengaji. Kalau diberi extra rehal dan iqra' untuk dia pun, dia tetap nak tarik iqra' atau al-quran yang kakak2 tengah baca tu.
Persekitaran berterusan begitu telah memberi kesan kepada aini. Dia dah pandai meniru kakak2 nya mengaji. .. cuma kurang manis kerana bb-aini sedang berpakaian tidak sesuai untuk mengaji. Sedang dia menyelongkar rak buku, dia jumpa iqra, terus dia ambil rehal dan tiru gaya kakak dia mengaji. Tapi kakak dia tak la duduk macam dia.
Mudah-mudahan bb-aini akan berterusan meminati ilmu al-quran dan menjadi insan yang solehah.Amiin.

Thursday, January 13, 2011
Post Pertama Ku
Assalamualaikum
Apa nak dimulakan ye? Selamat Tahun Baru - 2011, bukan la lama sangat pun, baru 13 hari je. KakNgah yang baru masuk Darjah 1 pun dah biasa dengan suasana persekolahan.
Minggu pertama, dia asyik teringat-ingat nasi minyak kat kantin sekolah. Katanya susah nak membeli di kantin, sebabnya tak tahu nak letak pinggan dekat mana setelah makan nanti, jadi dia menangguhkan hasratnya untuk makan nasi minyak... walaupun bila dia sudah selesai urusan di kantin (beli keropok lekor jer), dia baru nampak tempat letak pinggan, tapi perut dah kenyang.. dari sehari ke sehari, dengan alasan yang sama... kesian KakNgah..kami nasihatkan dia, tak mengapa beli dulu, makan dulu, lepas tu baru la tanya orang kantin tu nak letak kat mana pinggan-pinggan tu nanti.. tapi Alhamdulillah, masuk minggu ke-2, KakNgah berjaya makan nasi minyak tu (ayam masak merah, fevret bebudak), dengan kawan2 dia... dah tak ada dah masalah tak tahu nak letak pinggan. .. Lepas tu, hari2 dia makan nasi minyak. Murah jer la, kat kantin sekolah sini, nasi minyak RM1 jer sepinggan...

Subscribe to:
Posts (Atom)